Wednesday, January 9, 2008

IZIN UNTUK PULANG

Ketika Zun-nun Al-Misri berada di sisi Ka'bah, dia melihat seorang soleh lagi abid. Dia telah lama disisi Ka'bah dengan menghabiskan masanya untuk rukuk dan sujud
tiada henti-hentinya. Zun-Nunmenghampiri pemuda itu kerana ingin tahu keadaan dan ketekunannya dalam beribadah siang dan malam.
"Wahai pemuda, alangkah banyaknya solatmu itu." Kata Zun Nun Al-Misri.
"Aku sekadar menunggu izin untuk pulang."Jawab pemuda itu.
Tiba-tiba ada sekeping kertas melayang-layang di udara dan kemudian jatuh dekat pemuda itu, lalu diambilnya.
"Dari Tuhan yang maha pengampun.
Untuk hamba yang betul-betul bersyukur.
Sila pulang sekarang! Dosa-dosamu yang dahulu
dan yang akan datang telah diampunkan oleh Tuhan yang maha Ghafur."
Radiallahu anhum...

Saturday, January 5, 2008

DUA TALI API NERAKA

Pada suatu hari salah seorang jiran Malik bin Dinar sedang berada dalam sakaratul maut. Dia nazak sudah sekian lama, tapi belum mati juga, sehingga orang yang menyaksikannya merasa kasihan. Malik juga datang dan melihat keadaannya sambil berdoa agar ia cepat selesai.
"Wahai Malik, dihadapanku ada dua tali api neraka. aku dipaksa memanjat kedua-duanya." Kata lelaki yang sedang nazak itu.
Malik sangat kasihan mendengar keterangan si lelaki, mungkin ada sesuatu yang tak kena pada dirinya semasa sihat.
" Apa yang dia lakukan semasa sihatnya?" tanya Malik kepada salah seorang anggota keluarganya.Keluarganya menceritakan bahawa dia berkerja sebagai peniaga dan dia menyimpan dua sukatan yang digunakannya secara berasingan. Jika membeli barang dari orang dia menggunakan sukatan pertama, akan tetapi ketika menjual menggunakan sukatan kedua.
"Bawa kesini kedua-dua sukatan itu!" kata Malik. Keluarganya mengambil sukatan itu dan ditunjukkannya kepada Malik.
"yang ini digunakan membeli dan yang ini digunakan untuk menjual."
Malik segera cam bahawa jika membeli, lelaki itu menggunakan sukatan besar dan sukatan kecil ketika menjual kepada pelanggan. lalu Malik memecahkan kedua-dua sukatan yang dibuat untuk menipu itu.
"Bagaimana keadaanmu sekarang?" tanya Malik.
"Sama saja, malah lebih teruk lagi."
Radiallhu anhum

MATI DALAM CINTA

Orang soleh bercerita dia pernah mendengar Samnun memberikan syarahan tentang hakikat cinta kepada ALLAH S.W.T. sungguh mengasyikkan, sehingga membuat orang yang mendengarnya seperti di bius, fikirannya hanya tertumpu kepada ALLAH. Kerana cara penyampainnya sangat menarik dan sesuai pula dengan keadan dirinya yang arif billah.
Ditengah-tengah syarahan itu, tiba-tiba datang seekor burung kecil melompat-lompat mendekatinya dan kemudian hinggap ketangan Samnun. burung itu mematuk paruhnya kebumi sepanjang Samnun bersyarah sehingga keluar darah dan akhirnya mati. hal ini terjadi kerana burung tersebut ikut terbuai dengan cinta kepada ALLAH yang disampaikan oleh Samnun.


Peristiwa lain pula, ketika Samnun sedang bersyarah tentang cinta, tiba-tiba lampu-lampu masjid bergoyang-goyang lalu jatuh kebumi dan pecah...

Friday, January 4, 2008

SERIGALA BUAS YANG IKUT CAKAP

Kisah pengalaman Sufyan At-Thauri ketika berangkat ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. dia berjalan dengan ditemankan oleh seorang bernama Syaiban Ar-Rai. Di suatu jalan, tiba-tiba kedua-dua orang itu berhenti kerana ada seekor serigala buas berdiri ditengah-tengah jalan yang biasa yang dilalui oleh orang. Sufyan binggung, bagaimana cara melintas jalan itu jika binatang buas itu tidak segera beredar dari situ.
"Bagaimana kita hendak meneruskan perjalanan, sedangkan jalan ditutup oleh serigala itu?"Kata Sufyan
Tak perlu takut dan tak perlu bimbang, wahai syekh."kata Syaiban Ar-Ra'i dia mendekati serigala itu dan mengucapkan sesuatu kalimat. sebaik sahaja mendengar perkatan yang diucap kan oleh Syaiban, serigala lalu mengerakkan ekornya dan berdiri tengak. Ia kelihatan seperti mengerti akan apa yang diucapkan oleh Syaiban dan bersiap sedia untuk pergi. Syaiban menoleh lagi kepadanya dan serigala itu menggerak-gerakan telinganya kemudian pergi

"Bagaimana engkau boleh berbuat yang luar biasa ini?"
tanya Sufyan.
"Apakahpekara seperti ini saja dianggap luar biasa wahai tuan Sufyan. Ini bukan apa-apa. Seandainya aku tidak benji keistimewaan, sudah tentu saya suruh serigala itu agar membawakan barang-barang perbekalan kita sampai ketanah suci MAKKAH."

Radiallhu anhum....

ISTERI-ISTERI SOLEHAH

Habib Al-Ajmi adalah seorang soleh, zuhud dan warak. dia mempunyai isteri yang solehah juga. setiap hari kerjanya hanyalah beribadah kepada ALLAH disamping melakukan kerja-kerja yang menjadi kewajipannya didalam rumahtangga. Diwaktu malam ,dia melakukan solat tahajjud dan bermunajah kepada ALLAH sepanjang malam. Ini dilakukannya jika malam suaminya tidak memerlukannya.
Apabila suaminya tidur ketika tidak memerlukan dirinya, meneruskan wirid-wiridnya. Kemudian apabila telah lewat separuh malam, dia mendekati suaminya dan dengan lemah lembut dikejutkannya
”Bang, sila bangun! Keretapi malam telah pun berjalan.
Jarak yang mesti ditempoh di hadapanmu masih jauh, sedangkan perbekalanmu masih terlalu sedikit.”

Suaminya pun bangun untuk bertahajjud kepada ALLAH sebagaimana isterinya yang telah karam dilaut cinta kepada ALLAH.

”Tengoklah itu!kafilah orang-orang soleh telah pun berangkat, kita tertinggal di sini. Mari kita berpacu mengejar mereka agar dapat berjalan bersama.”katanya lagi

Radiallahu anha....

MENGGALI KUBUR DI DASAR LAUT

Seorang soleh menceritakan pengalamannya yang sangat menarik.Katanya, suatu ketika dia sedang menumpang sebuah perahu layar dalam perjalanan menuju ke sebuah distinasi.Terdapat ramai penumpang didalam perahu itu dengan keperluan masing-masing.salah seorang penupang jatuh sakit,semakin lama semakin parah dan akhirnya meninggal dunia.Para penumpang yang lain segera menguruskan jenazah saudaranya itu,dari memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkannya. Kemudian mayat itu diangkat kebahagian tepi perahu,siap untuk diturunkan kelaut setelah diikat pada benda berat yang akan membawanya masuk kedalam laut nanti.Begitulah yang dikerjakan jika ada seorang muslim meninggal dalam perjalanan dilaut yang jauh dari daratan.

Belum sempat jenazah itu diturunkan tiba-tiba laut terbelah menjadi dua dan perahu turun sehingga sampai kedasar laut.Didapati dikawasan dasar laut itu sangat lapang,maka keluarlah penumpang lalu menggali kubur disitu untuk menguburkan mayat temannya.Mereka melakukan pekara itu setelah menyedari bahawa yang meninggal itu ialah kekasih ALLAH,dan ia merupakan kekeramatan baginya. Lalu mereka menyempurnakan penguburan dan mendoakannya sebagai mana layaknya.

Setelah penguburan selesai,para penumpang masuk semula kedalam perahu.Dengan kuasa ALLAH,tiba-tiba air laut yang terbelah bercantum semula secara perlahan lahan dan perahu naik sedikit demi sedikit.Akhirnya laut rata semula seperti sebelumnya dan perahu meneruskan perjalanannya.

Radiallahu anhum.