Saturday, January 5, 2008

DUA TALI API NERAKA

Pada suatu hari salah seorang jiran Malik bin Dinar sedang berada dalam sakaratul maut. Dia nazak sudah sekian lama, tapi belum mati juga, sehingga orang yang menyaksikannya merasa kasihan. Malik juga datang dan melihat keadaannya sambil berdoa agar ia cepat selesai.
"Wahai Malik, dihadapanku ada dua tali api neraka. aku dipaksa memanjat kedua-duanya." Kata lelaki yang sedang nazak itu.
Malik sangat kasihan mendengar keterangan si lelaki, mungkin ada sesuatu yang tak kena pada dirinya semasa sihat.
" Apa yang dia lakukan semasa sihatnya?" tanya Malik kepada salah seorang anggota keluarganya.Keluarganya menceritakan bahawa dia berkerja sebagai peniaga dan dia menyimpan dua sukatan yang digunakannya secara berasingan. Jika membeli barang dari orang dia menggunakan sukatan pertama, akan tetapi ketika menjual menggunakan sukatan kedua.
"Bawa kesini kedua-dua sukatan itu!" kata Malik. Keluarganya mengambil sukatan itu dan ditunjukkannya kepada Malik.
"yang ini digunakan membeli dan yang ini digunakan untuk menjual."
Malik segera cam bahawa jika membeli, lelaki itu menggunakan sukatan besar dan sukatan kecil ketika menjual kepada pelanggan. lalu Malik memecahkan kedua-dua sukatan yang dibuat untuk menipu itu.
"Bagaimana keadaanmu sekarang?" tanya Malik.
"Sama saja, malah lebih teruk lagi."
Radiallhu anhum

No comments: